
Buku 2 ni adalah buku kegemaran sepanjang masa cuti semester ni yang telah berulang kali 'khatam'...hehe...untuk mengisi masa lapang dengan ilmiah yg tersurat dan tersirat didalam sesebuah buku.....saya ni boleh di kategorikan sebagai 'fast reader' ....tp buku seperti novel2,komik2 dan buku2 ilmiah yg menarik serta bku bergambar mmg la cpt habis baca.....ini semua sebenarnya bergantung kpd minat......mari kita buat sedikit preview untuk bku2 ni.....

NAQIAH KHALIDA: mengisahkan tentang seorang gadis yang melalui hidup yang berliku namun sebagai insan yang lemah dia terus berpegang pd tali ALLAH untuk menempuhinya dengan tabah.Dia yang tidak pernah kenal siapa ibu bapanya meneruskan hidup dgn neneknya yg merupakan seorang berdarah Inggeris tapi sangat mencintai agama Islam serta Melayu melebihi seorang Melayu sendiri.Dia seorang pelajar cemerlang ,membawa diri jauh ke Dunedin,New Zealand untuk belajar perubatan serta faktor lain krisis ,ketamakan dan kerakusan dalam keluarga. Keputusannya untuk untuk berkahwin semasa belajar malah terpaksa menangguhkan pengajian semata-mata ingin menjaga suami yang sakit telah mengundang pelbagai persoalan kepada insan yang menyayanginya.Setelah itu,insan yang pernah membuang dirinya dari hidup mereka tiba2 kembali dalam hidupnya satu persatu demi melangsaikan hutang mereka selepas dia kehilangan insan tersayang.Namun dia mengalami dilemma dan dia hanya mengadu serta memohon pertolongan hanya pada YANG ESA.
ENGKAU MEMANG CANTIK: sebuah buku pedoman bagi wanita untuk menghargai anugerah yang ALLAH SWT berikan kepada mereka.Buku ilmiah yang amt berguna bagi wanita untuk menjadi cantik luar dan dalam mengikut syariat yang telah ditetapkan Islam. Buku ini menggalakkan pembacanya menghayati erti kecantikan sebenar serta memberi panduan untuk menjadi cantik secara zahir, rohaniah dan juga dari segi mentaliti. Mempersiap oara muslimah dan akhwat dalam mengharungi arus globalisasi.

MIKHAIL: penulis Ramlee Awang Murshid adalah penulis kegemaran saya.Novel ini merupakan antara karyanya yang terbaru. Antara novel thriller Melayu yang terbaik pernah saya baca. Menceritakan kisah seorang pembunuh upahan bernama Mikhail yg ingin membalas dendam di atas kematian keluarganya,keluarga Tuan Sadon. Dia diselamatkan dan dilatih menjadi pembunuh professional oleh Dickens ,kwn baik bapanya. Dia juga menghidapi sejenis penyakit paranormal.Apabila retina matanya terkena cahaya matahari @ silauan lampu,dia akan berada dalam satu demensi yang tidak di ketahui.Kadangkala dia terperangkap antara 2 demensi-fantasi dan realiti.Novel ini menggarapkan kisah satu genda yang dipengaruhi wang bertunjangkn kuasa.Sebuah novel yang penuh aksi mendebarkan,terasa seperti sedang menonton filem aksi ketika membacanya
KETIKA CINTA BERTASBIH:Sebuah novel islamik yang mempunyai isi yang padat dengan nasihat .Mengisahkan anak perantauan yang mengharungi liku2 kehidupan di Mesir.Memandangkan ramai yg mengetahui kisah novel ini......sy hnya meletakkn sedikit saja huraian.
Aa+Ba : Sebuah novel yg ringan.....menceritakan kisah cinta yang menguntum hasil kebencian di awalnya..kisah Addin dan Benz Aliff mengharungi perkahwinan di luar kehendak mereka...Namun akhirnya perselisihan dileraikn...namun dugaan yg berat pula menimpa.Kehilangan anak pertama menyebabkn mereka jatuh tapi diselamatkn dgn hidayah dari Allah,bhw kehilangan itu pasti ada hikmahnya.Ia adalah untuk mempersiapkn diri mereka menjadi ibu bapa yg lebih baik, untuk membentuk generasi akn dtg yg cemerlang dunia & akhirat.Benarlah kata......Allah menghilangkan sinar mentari,lalu diturunkan hujan untuk memberi kita pelangi yang lebih indah.....
No comments:
Post a Comment