
"Islam itu ibarat sebuah fungsi mathematik yang mempunyai banyak pembolehubah. Jika anda memberi nilai (penghayatan) kepada satu pembolehubah dan meninggalkan yang lainnya, anda tidak akan berjaya mendapat jawapan yang tepat. Begitulah...pelaksanaan penghayatan satu sahaja aspek Islam dan melupakan aspek yang lain tidak akan menjadikan anda seorang muslim sejati. Sebaliknya anda perlu melaksanakan semua aspek Ad Deen dalam Islam. Bagi tujuan itu penggabungan anda dalam Organisasi Islam adalah perlu bagi menampung aspek yang anda tidak berjaya melakukannya seorang diri. Sabda Rasulullah SAW "'Alaikum bil Jamaah (Hendaklah engkau sentiasa bersama-sama dengan Jamaah)".....